Rabu, 29 Julai 2009

KEMBARA : 1 - MASJID XIAO TAO YUAN (SHANGHAI)


Gambar kenang-kenangan bersama-sama Imam dan Noja Masjid Xiao Tao Yuan yang terletak di bandar Shanghai yang dibina pada tahun 1343 Hijrah. Gambar ini diabadikan pada 7 Jun 2009 selepas solat jamak takdim (Zuhur & Asar) di masjid ini dalam rangka kembara kami di Shanghai selama dua malam. Suasana ketika itu masih terasa dingin meskipun waktu tengah hari sekitar 12.30 kerana musim angin sejuk. Saya amat kagum kerana kewujudan masjid ini sudah begitu lama sekali gus menunjukkan keagungan syiar Islam sudah pun tersebar di bumi Shanghai meskipun bilangan kaum minoriti Islamnya tidak begitu ramai ketika itu. Dalam kesempatan yang singkat itu, kedatangan kami disambut dengan mesra oleh imam dan noja masjid tersebut dan dari raut wajahnya mereka amat gembira untuk menyambut kedatangan kami, saudara seagama walaupun berlainan negara, kulit dan bahasa, tetapi berkiblatkan yang satu.

Tiada ulasan: