Khamis, 30 Julai 2009

KEMBARA: 2 - MASJID NAN DOU YA (BEIJING)



Gambar kenang-kenangan di perkarangan Masjid Nan Dou Ya (Beijing)

Kembara di Beijing buat kali pertama dalam sejarah hidupku telah membawa kakiku melangkah ke masjid Nan Dou Ya yang terletak di Beijing. Selepas solat jamak di masjid ini kami sempat bergambar dengan Tuan Imam dan pembantunya di perkarangan masjid tersebut bersama-sama dengan bapa saudaraku, Tuan Hj. Karim bin Tamby Kadir. Satu pengalaman yang tidak dapat kulupakan ketika solat di masjid tua ini keadaannya sangat menenangkan jiwa dan jauh sama sekali daripada hiruk-pikuk kota raya. Alhamdulillah, syiar Islam bertebaran di seluruh pelosok dunia berkat kegigihan para sahabat pada zaman silam. Allahu akhbar!

Tiada ulasan: